Monday, November 13, 2017

Holiday at Pulau Langkawi

Assalamualaikum and good day everyone.

Today i would like to share my experience during holiday at Langkawi....!
sorry for my bad English. hehe.
okay so lets get started...!

Nak dijadikan cerita, wife dapat cabutan bertuah tiket flight AirAsia pergi ke langkawi.. Tiket tu boleh guna sampai December 2017 je. Tiket free 1 je.. so kena beli lagi 1. tapi bukan nya free 100%. Insurance, airport tax n lain2 kne bayar gak..sabo je la. So kitorang decide pergi bulan 11. Kitorang pergi hari isnin 6/11/2017 sampai 8/11/2017.  3 hari 2 malam.

1st day.
Pegi KLIA2 naik grab car..actually dah deal awal2 dgn driver..tak pakai apps grab pun..sebab kenal driver ni dari group wasap.. hari tu bole pulak ade excident kat NKVE. so jalan jadi jem start dari sebelum tol setia alam sampai la ke exit putrajaya/klia. Sampai airport dah lambat sikit dari yang ktorang plan..tapi takde lambat sangat. dalam pkul 8 lebih. flight pukul 10. sampai2 je terus check in kat kiosk, print bag tag dgn boarding pass. takde mase nak jalan2 kat airport tu. lepas tu drop baggage n terus masuk pegi gate untuk berlepas..

Pkul 10 take off dalam pkul 11 dah sampai langkawi. lebih kurang sejam. sampai je airport, ambik baggage pastu contact travel agency untuk ambik kereta sewa untuk pergi ke tempat penginapan. (yang ni memang dah deal sebelum datang sini) kereta Viva. auto. pastu jumpa la orang yang incharge kereta sewa ni.. tak mesra pelanggan langsung. muka ketat je. amik kete pukul 12 so kena pulangkan pukul 12 jugak hari rabu. sewa kete untuk 2 hari je..(48 jam). aku nego mintak pulang lambat sikit..dalam pukul 3 atau 4, sebab flight balik pukul 6.. dia call boss dia, pastu mintak tambah RM 50 kalau nak hantar lewat. tak berbaloi langsung !! So kitorg decide hantar je ikut time. masa dapat kete, minyak E pulak tu..dah kelip2 lampu warning suh isi minyak..hmmm..sabo jela. (Kete ni auto..tapi 2 kali mati masa tengah berhenti kat traffic light...tak tahu apa penyakit..lama tak servis agak nya)
Resit kereta sewa. May Star Holidays (M) Sdn. Bhd.

Lepas isi minyak, kitorg pegi makan..dekat Nasi Dagang Pak Malau.. dah masuk tv banyak kali tempat ni.. tepi sawah padi..best..nasi pon sedap. Lepas tu pegi Langkawi Fair Shopping Mall, sebab situ dah dekat dengan resort..nak check in lambat lagi..pukul 3 baru boleh. kt situ ada Billion. bole la beli barang2 kt situ. macam2 ada. Then pkul 2.30 pegi je resort, kot2 la dah bole masuk..smpai je pegi kaunter then staff tu ckap dah bole check in. Nama resort ni De Baron Resort, dekat area Kuah. Standard room. 1 katil queen size, ada tv, peti ais, safety box n lain2. salah satu sebab aku pilih resort ni sebab ada breakfast. hehe.

Petang tu kitorang pegi makan Laksa power dekat airport. memang terbaik. sedap gile bak hang. huhu. lepastu pegi pantai cenang..kat situ crowded..kiri kanan jalan ada kereta..sempit..adeh..
kitorng pegi paling hujung tengok orang main parasailing. syok je.. kalau nak main sorang RM120.
Then usha2 untuk Island Hopping..deal untuk pegi esok pagi..pastu pegi HIG..tempat shopping..survey harga coklat..huhu.then pegi RAMS..then Billion lagi, beli barang then balik resort.
De Baron Resort
Parasailing
Pantai tepi airport
2nd day.
Pagi tu resort ade sediakan breakfast. nasi wane kuning. tak tahu nasi ape.huhu. sedap..lauk kari ikan. dengan mee goreng. ade roti bakar, corn flakes, koko crunch + susu, buah tembikai. style buffet. makan sampai kenyang, haha. lepas brkfast pegi island hopping.. 1st pegi Pulau Beras Basah, mandi2 lepak2 situ sejam, pastu pegi pulau ape ntah. bagi Helang makan, then pergi tasik Dayang Bunting. kat tasik ni kena bayar RM 3 kalau nak masuk.. orang yang aku deal untuk island hopping ni tak bagitahu pon pasal ni..sib baik wife bawak duit. pastu kalau nak mandi situ kena pakai life jacket. sewa RM 5. kalau siapa yang dah tahu, dia bawak life jacket dari boat siap2..hmm..tukang bawak boat tu tak bagi tahu pun. langsung tak mesra pelanggan. bila sampai pulau ke ape senyap je.. bila ada orang tanya baru dia jawab. gerammmm je aku rasa. kat situ ade gak tmpat bole mandi tapi bertakung..air keruh semacam.. lepas sejam, balik..

Tengah hari lunch kat Restoran Kak Yan Nasi Campur.. ramai gila orang..tempat famous..lauk banyak..tapi masa ktorg datang, banyak dah abis. harga berpatutan dan sedap. pastu pegi Beras Terbakar..saje tengok2 kedai kat situ..beli ole2 skit. Then pegi Perusahaan Gamat Warisan Salju, beli minyak gamat..

Pastu pergi HIG, beli coklat, then pegi dataran Lang..tengok Helang besar.. photo shoot skit, then balik resort.. mandi swimming pool kat resort..best, tak ramai orang.
Malam pulak dinner kat Uncle Jai Cafe. dekat Jalan Pakdak Makyah. kat sini sedap gak makanan dia..western ada, masakan panas lain2 pon ada. kitorg makan chicken chop.

Lepas dinner pergi Langkawi Saga Shopping centre dengan Hig kat area situ..beli coklat lagi..huhu. pastu balik resort, tido.

View masa Island Hopping.
Boleh buat wallpaper ni. hehe
Uncle Jai Cafe
3rd day.
Pagi breakfast kat resort..menu tak mengecewakan.hihi. sedap.. lepastu kemas2 packing apa suma, check out.. singgah RAMS kejap beli perfume & coklat lagi.hehe. RAMS ni dekat sangat dengan resort..belakang bangunan je. lepas tu pergi Beras Terbakar beli ole2 lagi..then pegi tapaw nasi kat Restoran Kak Yan.

Pastu terus pegi airport..sebab dah nak pukul 12..then pulangkan kete sewa, lepak kat airport. mereput sampai pukul 6 kat situ. ingat nak pkai grab or uber, tapi malas nak jalan2 lagi..Flight delay 15 minit..patut pukul 6..jadi 6.15. sampai Klia dalam pukul 7, then balik umah dgn adik..

Kat bawah ni aku kongsikan perbelanjaan aku kat sana termasuk flight & penginapan.

1st day.
Grabcar to Klia2 - Rm 70.
Ticket flight pergi & balik aku - Rm 263.10. (Baggage 15kg pergi + 20kg balik)
Flight flight wife - Rm 110.12.
Resort & kerete sewa (viva) - Rm 400. (Deposit kete sewa Rm 50).
Minyak Kereta - Rm 30.
Lunch (Nasi Dagang Pak Malau) - Rm 19.
Laksa Power - Rm 12.

2nd day.
Island Hopping - Rm 70. (Rm 35/person).
Lunch (Kak Yan) - Rm 14.
Fridge Magnet - Rm 10.
Dinner (Uncle Jai) - Rm 48.
Coklat - Lost count. :p

3rd day.
Lunch (Kak Yan) - Rm 14.
Coklat & ole2 - Rm 18.90.

kat sini aku letak harga coklat yang aku beli hari tu (6 - 8/11/2017) ..bole la wat rujukan..hehe..tak tahu harga ni sampai bila..katanya nak naik lagi harga2 ni..kos makin tinggi..ape boleh buat..

Daim- RM 17.90 1 pack, RM 52.00 3 packs.
Whittakers - RM 9.90 1 pack, RM 29.00 3 packs.
Toblerone (All Flavours) - RM 4.50 each, RM 12.90 3 pcs.
Bounty/Snickers/Mars/Twix. (Big) - RM 12.90 each.
Bounty/Snickers/Mars/Twix. (Miniatures) - RM 9.90 each.
Cadbury (made in Australia) - RM 8.90 each.
Ritter Sport (All Flavours) - RM 5.50 each.
Ritter Sport (Mini-Mix Flavour) - RM 9.90.


Moral of story :
- Nak bercuti dengan tenang, tak sesak, stay dekat Kuah..kat Pantai Chenang agak sesak.
- Kalau nak stay dekat ngn pantai stay la kat Chenang..tapi paham2 la ramai orang. hari biasa pun dah ramai, apa lagi masa cuti sekolah atau public.
- Deal dengan travel agency siap2 untuk penginapan, kereta sewa, aktiviti kat sana, sebelum sampai Langkawi. Boleh dapat harga lagi murah. Aku amik pakej dengan FH Success. Service dia ok la..boleh dipercayai..tapi after sales service agak kureng..bila chat nak tanya apa2 agak lambat reply..kadang tak reply pun. maybe busy melayan customer lain.
- Bab kete sewa, tak yah la amik yang macam aku punya..not recommended. staff tak friendly, kete macam tak servis.
- Harga coklat lebih kurang sama dekat HIG, RAMS, Billion, SAGA. Kalau rajin survey la sume tempat sebelum beli.
- Tu je la kot..kabel car kitorg tak pergi..so, no comment...

Bye~



Saturday, November 11, 2017

Holiday at Pulau Pangkor

Assalamualaikum n Salam sejahtera.

Setelah bertahun tak update blog, hari ni terpanggil untuk update. Saje2 untuk rujukan diri sendiri dan orang lain di masa hadapan.. :)

Entry ni nak cerita pasal holiday dekat Pulau Pangkor. Me and wife pergi masa bulan awal tahun 2017 haritu..masa cuti raya cina.. Bulan Februari 2017.

1st Day.
Drive dari rumah awal pagi pergi Jeti Lumut. Sampai Jeti dalam pukul 11~12. Parking kereta kat tempat parking then berjalan pergi ke jeti.. Beli tiket feri pastu tunggu dekat 10 minit, then naik feri. Ramai orang dalam feri tu..penuh. Alhamdulillah dapat tempat duduk.

Sampai je jeti ramai orang sambut..hihi..offer teksi, kereta sewa, motor sewa.. kitorang pegi makan dulu, lapo...

Then amik teksi pergi ke Resort..dekat area Teluk Nipah.
Nama resort tu Budget Beach Resort. Amik yang murah2 je..janji ada tempat tido..hehe. not bad jugak. selesa, aircond sejuk, suasana tenang je..

Lepas check in lepak2 jap, pastu waktu petang jalan2 pantai, survey pakej snorkeling, island hopping.. malam pulak, pegi dinner then tido.


Suasana tepi pantai waktu petang

2nd Day.
Pagi2 pergi sarapan kat kedai tepi pantai..makan nasi lemak je kot..tapi harga nya..hurmm..bapak mahal.

Then siap2 untuk pergi island hopping. pakai life jacket, naik bot terus pegi pulau yg pertama. bot kecik je, naik 3 orang including tukang bawak boat tu. laju gile..bedesuppp.
kitorang antara yang first sampai pulau tu.. orang tu bagi roti, untuk bagi ikan yang kelaparan.berebut2 ikan tu..huhu
Sambil snorkeling sambil main dengan ikan. :)

Dah puas snorkerling kat situ, call brader tadi suh pick up kitorang, then dia bawak round2 pulau tengok batu bentuk penyu lah, paus lah, macam2. then balik ke pulau.

Balik bilik siap2 apa semua, sewa motor dekat resort, keluar pegi pekan, cari makan, jalan2 pulau.. and shopping hasil makanan laut sampai lah ke petang..

malam pulak pergi dinner kat restoran area pasir bogak. Lupa nama restoran tu. harga berpatutan dan sedap. yang ni i recommended.

Ikan sedang menjamu selera..hehe
View waktu pagi
Kota Belanda
Kota Belanda

Kota Belanda


View tepi jalan
View tepi jalan jugak
3rd day.
Bfast ala kadar je. makan roti. pastu photo shoot kat tepi pantai. huhu.
jalan2 kejap pastu check out. mintak tolong orang resort panggil teksi untuk pegi jeti.
Then naik feri, balik ke lumut, balik rumah..

End of story.. :)
View dari Feri
Tepi Pantai
Jeti pangkor
View dari Restoran.

Kat bawah ni aku kongsikan perbelanjaan kat sana. Ni harga masa Februari 2017 ye..sekarang tak tahu la..dah naik ke..turun ke.. :)

1st day.
Feri. Rm 28. (Sorang Rm 14 - pergi & balik).
Chalet. Rm 240. Budget Beach Resort. 3 hari 2 malam.
Teksi. Rm 16 + 16. (Pergi & balik).
Makan malam. Rm 20. Nasi goreng.
Casing phone water proof. Rm 20.

2nd day.
Breakfast. Rm 11. Nasi lemak biasa 2 pinggan + teh o 2. :(
Motor sewa. Rm 30. (Rm 50 deposit).
Snorkeling. Rm 40.
Lunch KFC. Rm 24.20.
Dinner. Rm 37.
Fridge Magnet. Rm 10.

Jajan.
Rm 40 - pak su (hasil makanan laut - campur2, ikan, sotong, lain2)
Rm 20 - satay ikan.
Rm 22 - tenggiri & bilis hitam.
Rm 45 - keropok.

3rd day.
Lunch. Rm 17 (kat Lumut)
Parking. Rm 20.40.
Cendol. Rm 11. (on the way balik..kat Kuala Selangor :p)


Total All - Rm 667.60.