1. Teka-teki :
HITAM & BERPELUH..HA. .APE2??
Jawapan : SEMUT HITAM TENGAH BERJOGING..HUHUHU. .
2. Teka-teki :
APA BENDA BILA MASUK SEGITIGA BILA KELUAR BERGULUNG-GULUNG
Jawapan : SELUAR DALAM LERRR
3. Teka-teki :
antara kapal terbang dengan kuih lepat liat,mana satu yang paling tinggi?
Jawapan : kuih lepat liat la...sebab kapal terbang sampai langit je,tp kuih lepat liat sampi LELANGIT...
4. Teka-teki :
byk2 kotak,kotak pe yg xleh angkat?
Jawapan : kotak penaltilah wawawa
5. Teka-teki :
Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar ???teka teka kalo terrer.....! !
Jawapan : selipar maner boley buat gali tanah......gune cangkol lar huehuehueheu! !
6. Teka-teki :
Bulu bertemu bulu... kulit bertemu kulit... makin tambah rapat
makin nikmat rasanyer... ( jawaplah kalau bijak hehehe....)
Jawapan : mata lah jawapan nyer...
7. Teka-teki :
3 kepala, 6 mata, 8 ka! ki. Apakah Ia ?
Jawapan : Koboi naik kuda bawa ayam.
8. Teka-teki :
MASA DIA HIDUP KITE NYANYI,MASA DIA MATI KITE TEPUK TANGAN.
Jawapan : LILIN MASA SAMBUT BIRTHDAY
9. Teka-teki :
scorpion kaler apa?
Jawapan :
kala jengking la
10. Teka-teki :
Ada sorang imam, tengah sembahyang lepastu ada sekor anjing lalu depan
dia..pastu dia jilat kaki dia.. Batal tak air semayang imam tu?
Jawapan : Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri
11. Teka-teki :
4 org awek berpayung dgn satu payung tp knape tak basah?
Jawapan : sbab tak hujan
Ianya sangat pelik apabila melihat ikan laut dalam dipanggil Barreleye yang mempunyai kepala lutsinar dan mata yang berbentuk tiub. Walaupun terdapat dua bonjolan di atas mulut ikan itu kelihatan seperti mata sebenarnya tidak.
Barreleye Itu (Macropinna microstoma) sangat peka kepada cahaya dengan matanya yang boleh berputar dalam perisai lutsinar yang berisi cecair di kepala. Mata tiub ikan adalah dihadkan oleh kanta hijau cerah. Mata akan berkeliaran apabila ikan sedang mencari makanan . Mereka bergerak ke hadapan apabila ikan itu makan. Kedua-dua tempat di atas mulut ikan adalah organ penghidu dipanggil nares, yang mirip dengan hidung manusia. Walaupun barreleye menghala ke bawah, tetapi matanya masih melihat lurus ke atas.
Semua spesies di dalam keluarga Opisthoproctidae ini dikenali kerana mempunyai ultra-sensitif mata berbentuk tiub yang menghadap ke atas, juga disesuaikan untuk mengumpul cahaya.
Menggunakan kenderaan beroperasi jauh saintis telah dapat melihat barreleyes dalam lautan di antara 600 dan 800m. Mendapati bahawa mata Macropinna boleh berputar dalam perisai lutsinar yang meliputi kepala ikan, membenarkan ia untuk melihat apa sahaja yang ia mahu.
Selain "topi" mereka yang mengagumkan, barreleyes mempunyai pelbagai penyesuaian lain yang menarik untuk kehidupan laut dalam. Sirip rata mereka yang besar, membolehkan mereka terus bergerak hampir di dalam air, dan membolehkan bergerak dengan tepat. Mulut kecil mereka menunjukkan bahawa mereka boleh menjadi sangat sesuai dan sedia dalam menangkap mangsanya kecil. Di sisi lain, sistem penghadaman mereka yang sangat besar, yang mana menunjukkan bahawa mereka boleh makan pelbagai jenis haiwan kecil hanyut dan juga jeli.
video link : CLICK HERE!
ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH, BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''
''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.
'' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD, KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU?KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD, DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.
SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.
SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG, SELEKEH, KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SBNRNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''
''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU
TADI''..KATA BARBER.
''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.
''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!'' KATA BARBER.
''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.
''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN & PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .
Wallahu'alam. Wassalam.











