Assalamualaikum & selamat sejahtera. Kali ni aku nak cerita
pasal short vacation pergi Cameron Highland (CH). Aku pergi dengan wife, ummi,
adik pika. Kitorang pergi hari Ahad, 10.02.2019, lepas cuti Raya Cina. Stay
satu malam je. Actually ni last minute plan. Memang betul2 punya last minute.
Tempat untuk stay 1 jam sebelum bertolak baru nak cari. Alhamdulillah dapat
yang berkenan dihati. Hehe.
Kitorang bertolak pukul 4 petang. Lambat kan? Kenapa tak pergi
pagi-pagi? Sebab ada hal yang perlu diselesaikan pagi tu. Pergi lalu highway
Latar lepastu dari Rawang exit Tapah. Sebenarnya ni first time aku pergi CH.
Main redah je lalu Tapah. Jalan ni sempit dan berliku-liku. Two way two lane. Memang
cabaran berkuda betul. On the way naik akan lalu air terjun Lata Iskandar. Kalau
ada lori atau bas memang lambat la perjalanan. Nak potong bukan main susah
sebab jalan belok-belok. Ada 1 jalan lagi kalau nak naik Cameron iaitu lalu
exit Simpang Pulai. Jauh sikit tapi jalan tak extreme macam jalan dari Tapah.
Kitorang sampai CH dalam pukul 7. Stay dekat area Golden
Hills, Brinchang. Aku booked apartment pakai Airbnb. Kira puas hati la.
Berbaloi-baloi. Nama rumah yg aku stay tu Lena Apartment. Dekat Block A. Kalau
tak silap ada 4 block. Apartment ni ramai owner nya. Macam2 nama ada. Lepas
check in, makan, mandi, solat, lepak2, tido..
Pagi2 bangun terus siap2 nak keluar berjalan. Kat bawah ni
aku list kan tempat2 yang aku pergi ikut turutan.
1- Pasar Kea Farm. Macam2 ada, strawberry, jagung, sayur2.
Teh pon ada. Banyak pilihan & murah.
2- Cactus Point. Banyak cactus & bunga2 yang cantik.
3- S’corner. Biase2 je. Kurang menarik bagi aku. Nak keluar
dari tempat ni kena turun dari tempat yang tinggi.. seram gak.
4- Ladang Teh Cameron Valley 1 & 2. Dua2 aku pergi tapi
kejap2 je. Yang no 1, aku tak turun kereta pun sebab parking tak ada. Teh
uncang kat sini lagi mahal dari yang dijual kat Kea Farm. Aku beli 1 kotak je.
5- Big Red Strawberry farm. Ada jual strawberry dan macam2
hasil strawberry. Tempat ni pun tinggi jugak. Nak turun pun cuak. Alhamdulillah
brek kereta aku ok. Dapat turun dgn selamat.
Ok tu je tempat-tempat yang aku sempat pergi. Kea farm tu
jer 3 kali pergi. Pergi sekali tak cukup. Haha. Dalam pukul 4 bertolak balik.
Balik lalu Simpang Pulai exit to KL. Dalam pukul 7 lebih sampai rumah ummi.
Overall best pergi CH time bukan public holiday. Maybe aku
sampai lambat, kereta pun dah tak banyak kat sana. Hari Isnin tu pulak nak
pergi mana-mana pun senang. Tak jammed. Aman je. Kat bawah ni aku kongsikan
perbelanjaan aku untuk reference.
Airbnb | RM | 146.77 | |
Minyak Kereta | RM | 80.00 | |
Tol | RM | 2.50 | Kuang |
RM | 16.80 | Rawang - Tapah | |
RM | 22.20 | Simpang Pulai - Rawang | |
RM | 2.50 | Kuang | |
Strawberry | RM | 20.00 | 2 Bekas besar |
Jagung | RM | 15.00 | 20 Biji |
Ubi keledek | RM | 5.00 | per kilo |
RM | 5.00 | per kilo | |
Air Kopi | RM | 4.60 | |
Teh | RM | 10.80 | Mahal ! |
Lunch | RM | 20.20 | 4 orang |
Dinner | RM | 26.20 | KFC |
Fridge Magnet | RM | 2.00 |
Pic malas nak upload. Visit my IG. :)
Sekian. Bye~