Friday, March 20, 2009

Kualiti Liverpool lebih baik - Giggs

Keratan akhbar ini ku petik dari akhbar kosmo 19 march 2009..saje je nak bangga ngn club fav aku ni..hehehehe..

LONDON - Bintang veteran Manchester United, Ryan Giggs mengakui Liverpool memiliki kualiti yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

Jelas Giggs, kehebatan Liverpool sebenarnya dapat dilihat kepada permainan kolektif yang digerakkan oleh kaptennya, Steven Gerrard.

Empat hari sebelum Liverpool berkunjung ke Old Trafford, skuad kendalian Rafael Benitez itu berjaya menumbangkan Real Madrid 4-0 pada aksi kedua, pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.

Pada aksi pertama, Liverpool menang 1-0 di Santiago Bernabeu, sekali gus membuktikan kualiti sebenar yang dimiliki barisan Liverpool.

"Liverpool adalah pasukan yang kuat dan pada satu ketika, mereka boleh menewaskan mana-mana pasukan.


TORRES (kanan) dan Gerrard dianggap nadi kekuatan Liverpool sejak musim lalu.

"Tidak banyak pasukan yang boleh mencatat kemenangan di Santiago Bernabeu," jelas Giggs yang turut kecewa dengan kekalahan 1-4 United kepada Liverpool minggu lalu.

Bagi Giggs, gandingan pemain berbakat dalam skuad The Reds itu adalah kunci utama kepada kejayaan mereka menumbangkan Real dan United sebelum ini.

"Liverpool memiliki pemain kelas dunia dan ia dapat dilihat pada diri Gerrard, Fernando Torres, Xabi Alonso dan juga Jamie Carragher," tambahnya.

"Pemain-pemain ini memiliki kemahiran di posisi masing-masing dan mereka mampu menjadi pasukan yang kuat walaupun Gerrard dan Torres tidak beraksi."
MyEm0.Com

No comments:

Post a Comment